Saringan MLBB Presint 18

16 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2025 (Sabtu) – NADI Presint 18 telah mengadakan Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends Bang Bang bagi musim kedua. Pertandingan ini adalah peringkat saringan dan ianya bertujuan untuk mencari pasukan yang akan mewakili NADI untuk peringkat negeri. Pada musim ini, seramai 4 pasukan telah menyertai.
Program ini dimulakan dengan taklimat penerangan oleh Pengurus NADI, Puan Haryati dan pengurus turut mengadakan kelas kesedaran kepada peserta yang terlibat.

Petugas membuka tayangan video NADI x eSukan - Podcast Episod 5: Kepentingan Kesihatan dalam e-Sukan yang disampaikan oleh Dr Zatul, Pengasas Esports MedicA. Sepanjang sesi pertandingan berlangsung diadakan juga aktivtiti sampingan seperti pemeriksaan kesihatan dan aktiviti Kuiz NADI E-Sukan.

Pasukan A6(asikJr) telah memenangi Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends Bang Bang musim kedua dan seterusnya akan mewakili NADI Presint 18 untuk bertanding di peringkat negeri .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas